Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kenapa Triplesmiley

  • Tuesday, September 27, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum..


    Dah bertahun sofia mengadap blog nih..bermula dari penghujung study kat Utem dulu sehinggalah sekarang..dan ia masih kekal..Triplesmiley..

    Dulu, masa mula-mula nak ngadap blog ni..haishh..pening kepala nak letak nama apa untuk link nya..sofia tanya suami sofia..dia suruh letak gabungan nama dia ngan nama sofia..tapi sofia rasa macam panjang sangat la..


    Pastu, bila imbas-imbas balik..kenangan-kenangan dengan suami sofia..sofia teringat suami sofia pernah beri hadiah birthday kalo tak silap time form 4..kat hadiah tuh dia tulis Triple S


    Kenapa triple S? S tuh merujuk nama panggilan kitorang yang bermula dengan S..macam sofia, sofialah..suami sofia pula majornya orang panggil dia syuk atau syukri..

    Dan triple pulak apabila kedua-dua s digabungkan dan ditengah-tengah S pula mewakili sayang..so, perkataan yang penuhnya..sofia sayang syuk atau syuk sayang sofia..


    Tapi, untuk blog nih, sofia tak guna S sebab takut orang confused..jadi sofia tukar S tuh kepada smiley..sebabnya, bila dua S tadi bersama, kami bahagia sangat..sentiasa tersenyum..walau gaduh pun..tapi bila jumpa sure akan tersenyum balik..sangat sangat bahagia..

    Bak kata lagu Irwansyah tuh..berdua lebih baik..(ermm..tak berapa sure, tapi rasenya lagu Irwansyah kot..)


    Dan suami sofia setuju sangat dengan triplesmiley nih..

    Dan sebab itu, kalau korang baca blog nih dari mula..blog nih merupakan rekod atau ala-ala diary kami bersama..sebab kadang-kala suami sofia sendiri ada tulis kat blog nih..

    Pada kami, tiada apa rahsia antara kami..dan kami kongsi segalanya bersama..

    Dan sekarang, even sofia dah tak dapat nak update gambar terkini suami sofia..tapi sofia akan gunakan gambar-gambar lama yang telah menjadi kenangan kami..

    Sofia akan bawa kenangan kami bersama sampai sofia berjumpa balik dengan suami sofia nanti..dan kami akan berbual..bergurau macam dulu..

    Ya Allah,Aku bersyukur Kau telah kurniakan aku sebaik-baik suami. Jangan Kau hilangkan rasa cintaku ini padanya.Temukanlah kami kembali di syurgaMU

    0 comments: