Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Hari Terakhir

  • Friday, September 9, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...

    10 Syawal 1432 bermakna telah pun masuk 70 hari sofia telah hadapi semua yang ALLAH swt tentukan untuk sofia..pejam celik pejam celik..kejap je dah masuk 70 hari..dalam masa 70 hari tuh..apa yang sofia rasa hanyalah ALLAH swt sahaja yang mengetahuinya..bagaimana rasanya..semua itu hanya ALLAH swt sahaja yang tahu..

    Memang ALLAH swt Maha Mengetahui..tiada apa yang mampu kita sorok dariNYA..termasuklah apa yang kita rasa dalam hati ini..

    Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH swt, walaupun sofia masih lagi rasa sedih tapi sofia tetap bersyukur sebab setiap kali lepas solat, baca Al-Quran atau Yasin, sofia rasa tenang sangat..dan sofia yakin dengan apa yang sofia buat ni, sofia niatkan pahalanya untuk suami sofia dan sofia pula merasai ketenangan..


    Hari ini merupakan hari terakhir sofia di Pontian dan juga hari terakhir sofia bertugas sebagai PTM di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor..

    Sofia akan mulakan kehidupan yang baru dengan segalanya-galanya yang baru..environment pun baru juga di Putrajaya..yer, perpindahan ini memang jauh..even sofia sendiri orang Johor..

    Perpindahan ini merupakan cadangan dari family sofia dan juga adik-beradik suami sofia..sofia sendiri tak mampu untuk pikir jadi, apa yang family-family sofia cadangkan..sofia ikut je..mungkin apa yang dicadangkan mereka adalah yang terbaik..

    Insya-Allah, dengan izin ALLAH swt, sofia berharap sangat apa yang dirancang ini semua berjalan dengan lancar..


    Bukan sofia tak nak teruskan kehidupan di tempat yang penuh dengan kenangan dengan suami sofia..tapi, buat masa ni, sofia perlukan kekuatan untuk terus memperjuangkan kasih sayang dan cinta sofia kepada suami..

    Di Pontian ini, terlalu banyak sangat kenangan dengan suami sofia..dari mula sofia jejakkan kaki sofia ke Pontian ini dengan dia..mulakan kerja sofia dengan suami sofia..

    Kiranya inilah pertama kali sofia memulakan pekerjaan di tempat baru sendiri tanpa bantuan dan sokongan dari suami sofia..

    Abang, perpindahan sofia ini bukan bermakna sofia nak lupakan abg..tidak sama sekali niat sofia untuk sofia lupakan abg..tapi, perpindahan ini kerana sofia nak mulakan sesuatu yang baru untuk mendapat kekuatan untuk teruskan perjuangan kita..


    Terumatanya rumah di Pontian ni..setiap sudut..sofia terasa nampak wajah abang..kenangan dengan abang dalam rumah ni terlampau banyak..

    Kadang-kala sofia terdengar suara suami sofia sofia panggil sofia..sayang..

    Terbayang dia menghias rumah ketika sofia baru pindah pontian..semangat betul dia gantung ayat-ayat Al-Quran kat rumah ni..

    Terbayang-bayang dia pilih baju untuk sofia pergi kerja...

    Banyak sangat kenangan dia dalam rumah nih..dan sofia rasa sofia tak mampu duduk sorang-sorang kat rumah ni lagi


    Dan minggu terakhir sebelum suami sofia pergi, suami sofia beriya beli kabinet TV dan kemas rumah..dia cakap, barulah ada perubahan rumah bujang dengan rumah orang dah kawin..

    Abang, setiap kenangan bersama abang..akan sofia semat dan simpan dalam hati sofia dan sofia akan bawa ianya sehingga sofia berjumpa dengan abang nanti..


    Kepada semua rakan-rakan di KMTJ..esp Iqa..terlalu banyak jasa dan pertolongan yang diberi..kadang-kala sofia nih macam beban pulak kepada diorang..jasa korang semua amat-amat sofia hargai dan tak mampu sofia balas..sofia doakan, setiap pertolongan yang korang berikan, ALLAH swt akan membalasnya dengan kebaikan..

    To Iqa..sofia minta maaf sangat sofia tak dapat attend hari bahagia Iqa nanti..hanya doa dari sofia mampu sofia kirimkan agar semuanya berjalan lancar dan semoga Iqa dengan Cuan bahagia hingga ke akhir hayat..sofia yakin iqa akan jadi isteri yang solehah untuk cuan..

    3 comments:

    syazana said...

    Semoga segala urusan kamu dipermudahkanNYA.

    PussyCat said...

    piah,ika doakan piah dapat mencari kekuatan yg baru di sana..ika gembira piah dpt transfer..sekurang2nya kurang stress piah bab keje lagi nk dipikirkan dugaan sekarang..tp ika mesti rasa sunyi sgt..alangkan piah cuti kawen pun ika dh sunyi sorg2 je kat cni..lepas ni piah xde,ika xtau la..ika mengurung diri je la nampaknya..piah kena kuat tau kat tmpat baru..ingat pesan ika..n keep in touch kay :)

    [sutera kasih] said...

    perubahan baru bukan bererti melupakan kenangan manis sebelumnya..tapi salah satu cara untuk bangkit untuk menerus kehidupan mendatang dan memenuhi impian akak dan arwah sebelumnya..pasti arwah mahukan akak hidup gembira dan xnk bersedih lagi..