Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Harapan PadaMU Subur Kembali

  • Tuesday, September 20, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,


  • Assalamualaikum..

    Semalam, ada ex-student nih tag sofia pada lagu nih..bila dengar lagu nih terus suka..lirik dia mudah di fahami dan sangat terkesan pada hati sofia..


    Wahai tuhanku Yang Esa
    Bila kenangkan Qohhar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu


    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang menggunung
    Setiap hari setiap ketika


    Tika mengenang Ghaffar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali


    Ujian menimpa menekan dijiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat


    Wahai tuhanku Yang Esa
    Bila kenangkan Qohhar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu


    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang menggunung
    Setiap hari setiap ketika


    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harus ku memohon
    Moga syukurku bertambah


    Alangkah susahnya mendidik nafsuku
    Yang tidak melihat kebenaran-Mu
    Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini 

    Lirik ini buat sofia rasa betapa hinanya diri ini bila sofia rasa putus asa..bila masa sofia rasa down sangat-sangat..sedangkan sofia tahu ini dugaan ALLAH swt..

    Alhamdulillah, sofia sekarang semakin boleh terus menerima keadaan sekarang..cuma kadang-kala, sofia masih lagi goyang..tapi, cepat-cepat sofia ingatkan diri ini yang ini hanya dugaan ALLAH swt..

    Insya-allah, jika sofia kuat..sofia pasti akan bertemu dengan suami sofia di alam yang kekal nanti..Aminnn~~

    Al-Fatihah buat suamiku tersayang..Mohd Syukri Bin Hj Ahmad

    0 comments: