Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Eddah itu Indah

  • Tuesday, September 6, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...

    Sekarang nih, ramai orang bercerita mengenai wira negara kita yang meninggal dunia di Somalia..bagaimana isteri dan keluarganya hadapi berita pemergian wira kita ini, sofia dapat rasai..sebab sofia sendiri dah rasainya..apabila suami yang kita sayang..meninggalkan kita bukan di sisi kita..memang sedih sebab kita tak dapat bersamanya di saat-saat akhirnya..

    Bagaimana perasaan mendapat panggilan telefon yang rasa seperti tak sangka perkara ini terjadi..bagaimana perasaan apabila sesuatu berlaku kepada suami tetapi kita tak dapat nak buat apa-apa hanya air mata sahaja yang mampu mengalir..

    Memang perit dugaan dari ALLAH swt ini..tetapi sofia yakin, ALLAH swt akan sentiasa bersama kita untuk hadapi dugaan yang telah diberikan olehNYA ini..


    Jika dulu, sofia hanya mendengar cerita atau membaca dalam surat khabar mengenai isteri yang kehilangan suami..tetapi kini, sofia sendiri alaminya..sedangkan tengok movie Nur Kasih dengan suami sebelum kahwin dulu, kisah Aidil pun dah buat sofia menangis teresak-esak..apa ntah lagi apabila kita mengalaminya...

    Memang perit memang susah untuk kita telan semua dugaan ini..tetapi dari dugaan ini juga lah sofia banyak belajar yang ALLAH swt tidak akan membiarkan hambaNYA dalam kesusahan..

    Hanya dengan mendekatkan diri kita kepada ALLAH swt dan kepada ALLAH swt sahajalah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan, insya-allah ianya banyak membantu sofia mendapat ketenangan..sebab perpisahan kami ini bukan bererti tidak akan berjumpa terus, tapi akan berjumpa untuk kehidupan dan kebahagiaan yang lebih kekal abadi lagi dari di dunia ini..

    Jika dugaan kehilangan suami tercinta amat perit, dugaan yang datang lepas ini, pasti mencabar juga..sebab dulu semua yang berlaku..apa yang ingin dilakukan semuanya bersama dengan suami tetapi kini, semuanya kene di uruskan sendiri..

    Eddah untuk isteri yang kehilangan suami pula 4 bulan 10 hari..sepanjang dalam eddah ini, tidak pernah sofia rasa perit atau seksa kerana pergerakan dan perbuatan sofia terbatas..alhamdulillah, sepanjang dalam eddah ini telah mengajar sofia banyak perkara yang selama ini sofia ambil remeh ke atasnya..inilah hikmah yang sofia dapat sepanjang melalui tempoh ini..

    Sofia tak rasa berat langsung untuk menempuh tempoh eddah ini dan insya-allah dengan izin ALLAH swt, sofia akan terus amalkan apa yang telah sofia buat sepanjang tempoh eddah ini..sofia nak jadi isteri solehah buat suami sofia..sofia akan buat apa sahaja asalkan suami sofia bahagia..even kami terpisah, tapi ikatan yang terjalin antara kami membuat sofia terasa seolah-olah kami sentiasa berhubung antara satu sama lain..

    Tidak ada yang lebih penting dan lebih bahagia buat seorang isteri, melainkan dapat membahagiakan suaminya..sebab tu sofia redha..sofia pernah mimpi melihat suami sofia yang mata dia merah bergenang dengan air mata, mungkin waktu tu sofia terlampau menangis sehingga tertidur, tu yang mimpikan suami sofia macam tu..lepas dari mimpi tu, sofia tak sanggup tengok muka suami sofia macam tu..sofia tak nak!

    Sofia terima perpisahan ini dan hanya doa yang sofia mampu kirimkan buat suami agar suami sofia sentiasa bahagia di sana..

    Dan kini, sofia dah makin jelas, perjuangan sofia sekarang..iaitu untuk memperjuang kasih sayang dan cinta sofia kepada suami sofia sehingga ke akhir hayat sofia..suami sofia dah perjuangkannya hingga ke akhir hayatnya, dan kini giliran sofia pula..sofia akan sambung dan teruskan perjuangan yang suami sofia perjuangkan ini..sofia berharap dan sentiasa berdoa perjuangan sofia ini mendapat keizinan dari ALLAH swt..

    Ya ALLAH ya Tuhanku..ya Rahman ya Rahim...aku bermohon kepada MU ya ALLAH..izinkanlah aku untuk aku sentiasa bersama dengan suamiku Mohd Syukri Bin Hj Ahmad di dunia dan akhirat. Pertemukanlah aku dengan suamiku di alam MU yang lebih kekal abadi di akhirat nanti agar aku dan suamiku dapat merasai kembali kebahagiaan suami isteri yang tidak sempat aku dan suamiku rasai di dunia ini..Jadikanlah aku ketua bidadari buat suamiku Mohd Syukri Bin Hj Ahmad di akhirat nanti...

    1 comments:

    [sutera kasih] said...

    amin ya rabbal alamin..semoga doa dan hajat kak sofia dimakbulkan dengan izin-NYA..insya'Allah