Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Tergamam

  • Tuesday, August 23, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels:
  • Assalamualaikum..

    Sofia tak tahu nak mulakan macam mana...rasa macam seperti tak pernah dan tak reti nak mulakan entty..padahal dah bertahun..semuanya setelah peristiwa yang betul-betul perit untuk sofia hadapi terjadi..tak pernah sofia duga begitu cepat masa sofia hadapinya..memang tak pernah sofia sangka kan..

    Kalau perasan, entry2 sofia sebelum ni dalam seminggu yang minggu kejadian tuh...sofia teramat homesick..teramat2 homesick...dari dulu lagi sofia memang macam ni..selalunya, bila ada yang tak kena pada family sofia..instinct sofia memang kuat..bukan mengatakan ada perkara nak jadi..tapi tetiba dia akan jadi rindu sangat2...

    Korang boleh nampak rasenya, minggu tuh sofia rindu pada siapa...pada suami sofia kannnn...

    Dan sememangnya..itu membuatkan rindu itu sehingga hari ini...tak pernah kurang malah sentiasa bertambah..dan siapa sangka, pada 1 Julai 2011 merupakan hari terakhir buat suami sofia...

    Entry ini telah lama sofia cuba untuk karang dan telah pun lama ia tersimpan dalam draft kerana setiap satu ayat untuk sofia taipkan..sofia perlukan kekuatan sangat..apa yang sofia hadapi dan rasai bukanlah mudah dan  bukan mudah untuk sofia lafazkan melalui kata-kata.

    Suami sofia menemui Maha Penciptanya pada waktu sofia sedang rasa rindu sangat nak jumpa dia. Almaklumlah PJJ..memang sentiasa rindu..

    Untuk menceritakan saat hari pemergiannya, sofia masih tak mampu. Kalau korang nak tahu macam mana ianya berlaku, korang boleh baca kat blog adik sofia syaza..dia telah menceritakan keadaan waktu itu..

    Di kala usia perkahwinan yang baru 29 hari..sofia telah pun ditinggalkan oleh suami yang tersayang tetapi sofia yakin yang amat sangat..di mana perpisahan sofia dengan suami sofia ini bukan jarak yang memisahkan kami tetapi ia telah menjadi permulaan kepada kami untuk lebih dekat lagi berbanding sebelum ini dan sofia pasti ini akan menyuburkan lagi cinta sofia pada suami sofia.

    Sehingga hari ini, even sofia tidak dapat melihat, menyentuh atau berbual dengan abang, hati sofia tetap rase dekat sangat dengan abang..dan sekarang ini sofia perlu mendapatkan cinta ALLAH swt pula agar ia dapat mengikat cinta dan sayang sofia pada abang sehingga kita akan bertemu kembali dengan suasana yang lebih indah dan lebih manis. Inilah harga yang perlu sofia bayar dulu untuk mendapatkan pertemuan yang lebih kekal abadi di alam yang kekal abadi di akhirat nanti..Insya-Allah..


    10 comments:

    PussyCat said...

    dah tukar layout?move forward as everything happened have reasons. glad that you can make it till now. u r strong enuf. and i agree that we both shall seek Allah's love as He is our creator. Our love to allah should be more than whatever we have. Ika doakan yang piah akan jumpa syuk semula in the afterworld. Lastly, i pray that the four of us will be still meeting and hangout in the after world like we planned before. Wallahualam.

    Isteri kepada Suami said...

    ika : a'aa..sebab ingat nak tukar blog je tapi sofia tak sampai hati pulak nak tutup je blog nih yg dah bertahun2 simpan kisah suka duka sofia sepanjang sofia dengan syuk..blog nih byk simpan segala memori..sebab tu sofia tukar layout sebab nak mulakan cara yg baru...

    thank you very much ika..ika byk bantu sofia sewaktu sofia jatuh..ika byk bg kata dorongan utk sofia menapak balik..jasa ika tak mampu sofia balas..hanya Allah shj yg mampu balas segala jasa baik ika sekeluarga..semoga Allah mempermudahkan segala urusan ika termasuk urusan pertukaran ika..sofia paham mmg perit bile dah kawin tp tak dapat tukar..

    insya-allah, semoga kita semua berada di kalangan hambaNYA yang soleh dan solehah dan kita akn btemu juga nanti di alam yang lebih kekal abadi..bersama menikmati keindahan syurga..

    Aminn~

    PussyCat said...

    hmm,xyah la delete. maybe sofia boleh keep on writing and bagi inspirasi pd org lain utk terus kuat dlm hidup wpun dugaan yg diterima besar. skarang maybe piah boleh tulis pjalanan pencarian cinta abadi kpd tuhan dgn harapan untuk bertemu semula suami piah yang tercinta. ehem. piah, dun wori. what are frens for kan.

    Isteri kepada Suami said...

    ika : tuh la..sofia pun terpikir macam tuh..perjalanan menuju cinta yang abadi..insya-allah..semoga Allah makbul doa sofia untuk berjumpa dgn suami sofia balik..utk rasa kebahagiaan suami isteri yang tak dapat sofia rasai di dunia..

    thanx a lot ika...

    Lyn Yusoff said...

    Kak Lyn harap sofia tabah menghadapi semua ni. dalam kehidupan kita ni penuh onar & dugaan.
    doakan Allahyarham..
    semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh.
    Amin

    Isteri kepada Suami said...

    kak lyn: aminn...mmg penuh dgn dugaan yg kita tak sangka2 kan..insya-allah kak..sofia akn sntiasa cuba utk hadapi semua nih..

    terima kasih kak..

    NormaLiza Mah said...

    be strong kak... teruskan kehidupan ini dengan penuh ketabahan.....
    saya doakan yang terbaik.

    lily lotus said...

    dah lama tak masuk sini. rupanya adik akak ni sedang lalui ujian yang teramat hebat dariNya. kuatkan iman dan tabah hadapinya dik. akak doakan Allah sentiasa kuatkan adik untuk teruskan hari hari mendatang, insyaAllah

    [sutera kasih] said...

    semoga akak tabah menghadapi ujian ni kak..semoga Allah Taala memberi kekuatan untuk akak..

    Mama Mirza said...

    If you still remember me.. one of ur friends from NS.. matrik.. beberapa hari ini baru ada masa menggodek blog sofia.. tahniah dik.. kuat dan tabah... semoga perjalananmu dipermudahkan oleh-Nya.. kami bersamamu.. walau dari jauh..