Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Perpisahan Permulaan Pertemuan

  • Friday, August 26, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...


    Hari ini dah masuk 26 hari dah kita umat Islam menjalankan ibadah puasa..dan bermakna hanya tinggal 4 hari je lagi kita bersama dengan bulan istimewa ini..Ramadhan hampir meninggalkan kita bermakna juga segala peluang untuk meningkatkan keimanan kita juga hampir tutup..

    Ramai yang sudah pun mula membuat persiapan menyambut Syawal..tetapi tidak bagi sofia..tahun ini tahun pertama sofia sambut Raya tanpa Mohd Syukri dan tahun pertama sofia sambut Raya sebagai seorang isteri..

    Sebelum ini pada sofia, bila Raya adalah saat yang amat penting untuk kita berkumpul sekeluarga berjumpa semua ahli keluarga dan ini bermakna kita menyambutnya dengan yang tersayang..semua di keliling kita time hari raya orang yang kita sayang..

    Inilah kali pertama sofia tak dapat nak rasa kegembiraan berhari raya..sofia tak mungkin mendapat rasa kegembiraan itu saat takbir dilaungkan..


    Sofia tidak tahu bagaimana rasanya hati ini bila melihat isteri yang lain dapat bersalam dan memohon ampun kepada suaminya di pagi raya..sofia tidak dapat rasa kenikmatan tersebut..Jadi bersyukurlah wahai isteri-isteri di luar sana yang masih mempunyai suami diberi kesempatan merasai keseronokan sambutan Syawal dan dapat menyediakan segala persiapan raya suami..

    Insya-allah, sofia redha dengan segala ketentuanNYA..sofia ada ALLAH swt yang sentiasa bersama sofia..ALLAH Maha Mengetahui segalanya..ALLAH swt lebih mengetahui apa yang sofia rasai..hanya ALLAH swt yang mengetahui bagaimana perasaan sofia ketika Syawal nanti..ketika orang lain gembira mendengar takbir raya..hanya ALLAH swt yang mengetahui segala isi hatiku ini..

    Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...aku bukanlah hambaMU yang gagah perkasa perasaanya. Tetapi aku yakin hanya dengan Iman yang akan meredhakan kesakitan ini. Walau apa pun terjadi aku akan tetap menyebut dan memohon petolongan kepadaMU ya ALLAH! Dari MU lah ujian ini datang dan hanya MU sahajalah yang punyai jalan penyelesaiannya..

    Quote yang sofia dapat dari blog syuk 
    (secara kebetulan nama blogger ni sama dengan nama suami sofia..jadi bila baca quote ini seperti mendengar suami sofia yang bacakan) :

    Mengapa mesti ada perpisahan jika pertemuan itu mendamaikan...
    mengapa mesti ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan...
    mengapa mesti ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan...
    pertemuan denganmu amat membahagiakanku... pertemuan itu amat
    menggembirakanku... kehadiranmu memberi seribu satu makna...
    namun sayang seribu kali sayang... kini jiwaku mati...
    mimpiku ternoktah disini... di kala engaku tiada disisi... air mata
    gugur membasahi pipi... kerana sayang itu tetap bersemi... menemani hari
    menyulam hati... walau tidak lagi kau sirami... pertemuan hakiki di syurga
    firdausi.... hidup bahagia kekal abadi...

    Kerana sesungguhnya, perpisahan antara sofia dan suami tercinta bukanlah kerana jaraknya diri tetapi sebab retaknya hati..Dan sofia yakin perpisahan ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan cinta sofia dengan abang..Walaupun kita berpisah, sofia rasa rapat sangat dengan abang..makin rapat sofia rasa dengan abang..Dan sofia amat yakin yang sofia dengan abang akan bertemu kembali dengan suasana yang lebih indah dan lebih manis di alam yang lebih kekal abadi dengan kebahagiaan yang kekal abadi..Perpisahan ini hanyalah harga kepada saat yang pasti tiba itu, Insya-allah..


    4 comments:

    ~MyLady~ said...

    salam sofia.

    pertama kali mmbaca entry & blog sofia hati ini tersentuh.

    sesungguhnya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    MakLady terpanggil utk merakamkan ucapan syabas terhadap semangat yg sofia tunjukkan dari coretan sofia.... ssungguhnya hanya mrk yg sabar dan redha pd kehendak ALLAH adalah mrk yg sentiasa berada dibawah lindungi ALLAH swt.

    MakLady respek dgn sikap tabah sofia. Moga ALLAH sentiasa melindungi sofia menjalani kehidupan dihadapan. Life must go ON rite?...

    Sofia. kkadang bila ssuatu yg sebegini berlaku keatas kita, wlpn berat utk kita harungi NAMUN jgn lupa, ada org lain yg ALLAH uji lagi berat dr apa yg kita lalui ini. Dgn rela & redha, insyaALLAH hati kita akan lebih tabah lebih tenang krn kita "terpilih" utk mendapat HIKMAH dariNya.

    Wlupn ketika menemui luahan isihati seorang insan yg tabah (blog sofia -seorg isteri yg tabah menjalani dugaan seberat ini), hati MakLady terus tersentuh. Dugaan hebat yg kini, MakLady & keluarga hadapi sedikit sbnyk mengingatkan bahawa dugaan Sofia lagi berat. Ya ALLAH KAU RINGANKAN LAH beban pd hambaMu ini, dan pohon ku, KAU limpahkan Segala Rahmat & Hikmat buat Insan setabah Sofia atas dugaanMu..

    Ssungguhnya, DIRIMU YA ALLAH yg maha mengetahui segala kesudahan. Doa MakLady agar Sofia tabah, dan sentiasa memohon kekuatan utk hadapi semua ini. MakLady kagum dgn semangat sofia dlm hadapi ketentuanNYA. Dirimu insan yg tabah & Redha. Moga insan yg dapat berkongsi pengalaman seumpana ini, turut mendoakan dan saling mendoakan sesama kita.

    Untuk sofia & kluarga MakLady mohon pd ALLAH swt, agar memberi kkuatan manghadapi dugaan ini. Ssungguhnya ALLAH menjanjikan rahmat utk semua ini...Utk sofia, jgn sedih. Kasih sayang arwah tetap kekal dihati sofia. Diri sofia tidak sepi kerana cinta kalian (bersama arwah) tetap kukuh di atas sana...InsyaALLAH AlFatihah utk arwah Syuk...
    "alfatihah..."

    syazana said...

    Sofea,tabahkan hati.Allah lebih menyayangi dia daripada kita.Semoga dihimpunkan segala kekuatan di dalam dunia ini dan dihadiahkan kepada sofea sebagai penguat semangat untuk meneruskan hidup.Pelihara hati,pelihara jiwa.Semoga arwah tenang di sana.

    Isteri kepada Suami said...

    my lady : terima kasih banyak atas doa dan kata motivasi akak...insya-allah, saya akn cuba tabah utk hadapi ni semua..saya ada Allah, saya yakin Allah akan bantu saya hadapi semua ini..

    syazana : terima kasih byk syaza..mmg hanya kekuatan yg sofia perlukan utk teruskan khidupan ini..dan sofia pun harap suami sofia bahagia di sana

    [sutera kasih] said...

    Suka quote tu..sgt bermakna..akak kuatkan semangat k..

    Al-fatihah untuk arwah suami akak..