Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Perginye Beliau

  • Saturday, January 23, 2010
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • To Facebook Reader, please click VIEW ORIGINAL POST, thank you :D



    Pukul 7.15 malam..perginya seorang sultan yang berjiwa rakyat...seorang sultan yang tegas dalam mentadbir segala urusan pentadbiran terutamanya di negeri johor..

    Allahyarham baginda banyak melakukan pembangunan di negeri johor..dan yang terbaru merupakan wilayah iskandar..yang merupakan ilham beliau..

    Sewaktu jenazah dibawa pulang ke Istana..aku lihat ramai penduduk yang pelbagai kaum berdiri di sekitar istana..mungkin sebagai tanda memberi penghormatan terakhir..

    Apa yang aku nampak..kemangkatan sultan iskandar ini agak memberi kesan kepada rakyat johor..dan hari ini...majoriti rakyat negeri johor akan memakaikan tanda berkabung..

    Bagi orang melayu lelaki, meereka akan memakai songkok sambil melilitkan kain putih di songkok..hurmm..untuk yang bukan melayu..kalo tak silap..akan melilit kain putih di lengan..tapi tuh aku tak pasti...sebab aku pun tak sure sangat bab-bab protokol nih...

    Cume...bonda suruh aku memakai baju putih selama seminggu nih sebab aku anak johor..perlu berkabung...



    Selepas ini, yang akan mengambil alih pentadbiran johor merupakan tengku ibrahim..anak lelaki allahyarham sultan iskandar..

    Tengku Ibrahim ini juga seorang berjiwa rakyat dan setiap tahun beliau akan turun ke sekitar johor untuk berjumpa dengan rakyat johor..bermesra dengan rakyat termasuklah rakyat johor yang tinggal di kawasan pedalaman..

    Program 'Kembara Mahkota' banyak merapatkan baginda dengan rakyat johor..dan bukan beliau sahaja yang terlibat dengan program nih..malah seluruh ahli keluarga beliau termasuk anaknya yang bongsu yang berumur 8 tahun...juga turut turun padang...



    Semoga...allahyarham baginda dicucuri rahmat..Al-Fatihah~~