Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

This Is The Answer For My Next Contest..

  • Saturday, December 12, 2009
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: ,
  • To Facebook Reader, please click VIEW ORIGINAL POST, thank you :D

    Korang mesti perasan kan aku banyak promote produk dari D Eila Pesona..sebelum ini, aku cuma promote barang-barang D Eila Pesona..tapi kali nih aku akan ceritakan pasal company nih pulak..dan berkemungkinan ianya menjadi jawapan terhadap contest yang akan datang...

    So..jom kiter berkenalan..siapakah sebenarnye owner D Eila Pesona...





    Pemilik syarikat D Eila Pesona, Mohd. Ibrahim Mohamed

    D Eila Pesona merupakan sebuah syarikat yang sepenuhnya milik bumiputra. D Eila Pesona amat terkenal dengan pelbagai produk losyen keluarannya untuk terus maju dan bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang berada di Malaysia sama ada syarikat dari Malaysia mahupun syarikat antarabangsa. Selain itu, syarikat ini juga mengeluarkan pelbagai jenis minuman tenaga atau minuman ubatan untuk lelaki dan juga perempuan.



    Syarikat ini telah pun ditubuhkan pada tahun 2003 dan produk pertamanya merupakan losyen Mujarab(rujuk gambar diatas). Setelah itu, ia terus mendapat sambutan hebat dipasaran tempatan.

    Nak tahu macam mana pengusahanya ni mendapat idea membuat losyen Mujarab ni?

    Pada zaman nenek moyang kiter dulu, orang perempuan yang baru lepas bersalin akan menggunakan tapal pada perut mereka. Tetapi, pada zaman yang moden dan canggih ini, kebanyakan perempuan yang baru lepas bersalin, akan bersungut untuk membuat tapal. Ini kerana untuk membuat tapal ini, mereka perlukan bahan-bahan seperti campuran limau nipis dan gambir. Campuran bahan-bahan tersebut lah yang akan membantu perut ibu bersalin ini kembali seperti sediakala iaitu sebelum mereka bersalin dan juga membantu mengelakkan perut mereka buncit dan menggeleber.

    Rentetan dari sungutan itu, En Mohd Ibrahim pun mendapat idea untuk membuat losyen Mujarab ini. Jadi, denngan kemunculan losyen Mujarab ini, ia pasti dapat membantu para ibu yang baru lepas bersalin dan para ibu tidak perlu risau mengenai keberkesanannya. Ini kerana walaupun telah diubah fizikalnya kepada bentuk losyen, kesannya tetap sama seperti tapal zaman dulu.

    Selain itu, losyen ini juga bukan sahaja untuk para ibu, ia juga boleh digunakan untuk lelaki, remaja mahupun kanak-kanak.

    Losyen Mujarab juga membantu melancarkan peredaran darah dan juga membantu mengurangkan rasa sengal-sengal pada badan. Aku juga menggunakan losyen Mujarab ni apabila kena gigit nyamuk atau serangga.Lega woo...hilang segala kegatalan. Bagi kaum hawa, masalah senggugut sering berlaku. Jadi, aku cadangkan korang pakailah losyen Mujarab nih untuk mengurangkan rasa senggugut tersebut. Insya-allah..korang akan rasa lega lepas sapu losyen Mujarab ni kat sekitar perut korang..



    Ni pulak produk kedua, losyen Halimau. Kegunaan losyen ini pulak lebih kurang sama je dengan losyen Mujarab. Cuma yang berbezanya, losyen Halimau nih, lepas korang sapu..rase sejuk..tapi kalo losyen Mujarab, korang rasa panas bile pakai. Yang khususnya losyen Halimau ni, ia membantu menghilangkan angin dalam badan. Jadi kepada sesiapa yang banyak angin dalam badan tuh, sesuai sangat kalo korang pakai losyen Halimau nih.



    Ha....ini pulak produk terbaru dari D Eila Pesona. Produk yang lain dari yang lain ni namanya jus Treamz Lemon Plus. Ianya merupakan produk minuman jus yang dihasilkan dari gabungan pati-pati limau, asam jawa, madu, daun senna mali dan sebagainya. Korang pun tahu kan, madu nih 1001 khasiat ada dalamnya.

    Bagi yang ada sakit migrane, selalu pening-pening kepala..jus minuman ni dapat membantu korang. Sebab kandungan pati limau yang ada dalam jus ni membantu melancarkan peredaran darah dalam badan selain membantu mengurangkan berat badan.

    Nak lagi khasiat minuman jus nih?

    Macam yang aku bagitau tadi, jus ini mengandungi pati asam jawa. Apa pula fungsi pati nih?

    Kalo korang batuk ke sakit tekak..bile segala jenis ubat komersil yang ada jual kat farmasi-farmasi tuh tak jalan..mak-mak korang ada tak suruh cara tradisional pulak? Kalo mak aku, memang dia suruhnya cara tradisional ni..nak tahu apa caranya?

    Guna asam jawa..minum air asam jawa..ikut orang-orang tua dulu berkesan membantu sakit tekak. Bukan itu je, asam jawa ni juga boleh tolong turunkan suhu badan korang bila demam.

    Amacam? Banyak kan kegunaan jus nih? Dengan hanya 1 botol jus ni, macam-macam penyakit boleh dikurangkan..jadi, apa tunggu lagi..insya-allah, jus ni dapat membantu korang..dan ianya memang dicipta mengikut selera pelanggan-pelanggan yang mahukan ubat cara tradisional tapi yang dikomersilkan.

    Jadi, sesiapa yang berminat dan mahu cuba produk-produk dari D Eila Pesona ni, korang bolehlah hantarkan email kepada sofiajamaludin@yahoo.com. Sebarang pertanyaan juga korang boleh hantar ke email tersebut.

    Sekian dari D Eila Pesona..

    10 comments:

    ♥ Xett Hereen ♥ said...

    ahaks.
    kontes lg.
    tasaba neh!
    :)

    mmg bagos.
    kaler dia pink yg losyen mujarab tuh.
    mmg mujarab.
    panas.

    xmacam losyen keluaran yg laen tuh.
    n saya rase, losyen dia sangat padat!

    xmacam losyen lain!

    :)

    smiley said...

    xett hereen : hehehe..alhamdulillah xett puas hati dengan produk tersebut..memang pihak d eila akan sentiasakan kualiti produk yang dikeluarkan..

    nantikan yer contest nanti.. ^_^

    mybreakfastclub said...

    wow! ni advertising nih..hehe..

    p/s: i link u...blog u ni cute n best..huhu ^^

    smiley said...

    mybreakfastclub : hehehe...thx eah...visit la selalu yer...

    lily lotus said...

    *_*

    Mr. J @ pengerindu.com said...

    hehe.. I ada losyen Mujarab gambar ke 2.. belum habis lagi. hari2 sapu kat perut Mr J yg boroi.. harap dpt jadi HULK. hehe

    zai kulim said...

    wow rajin sungguh anjur contets takper zai plak suka join contest..kuii.kuii

    smiley said...

    Mr J : hehehe...takde maknenye jadi hulk

    Mr. J @ pengerindu.com said...

    huhuhuuh.. smiley buat ape? hehe

    smiley said...

    mr j : buat aape?