Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Tahniah!! Dafi The Best Student

  • Wednesday, December 23, 2009
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • To Facebook Reader, please click VIEW ORIGINAL POST, thank you :D

    Macam nilah bagus kan...artis kiter bukan sahaja berkualiti dari segi nyanyian atau lakonan..tapi juga ada education background..



    Tahniah buat Dafi yang telah menjadi pelajar terbaik Universiti Limkokwing..

    CYBERJAYA – Kecekalan bapanya dalam melaksanakan setiap perkara menjadi dorongan kepada penyanyi popular, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga terpilih sebagai pelajar terbaik jurusan bunyi dan muzik di Universiti Limkokwing.

    Dafi berkata, ayahnya iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sumber inspirasi terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

    ‘‘Ayah menjadi contoh yang baik kepada saya iaitu beliau tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-citanya untuk berkhidmat kepada negara.

    ‘‘Ini menjadi inspirasi kepada saya untuk mengejar impian dalam industri muzik dan hiburan,” katanya kepada pemberita pada majlis konvokesyen Universiti Limkokwing di sini hari ini.

    Dafi yang merupakan graduan Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan selain mewakili graduan berucap dalam majlis konvokesyen universiti itu.

    Seramai 567 orang graduan dari 39 negara menerima ijazah dan diploma masing-masing.

    Dafi berkata, beliau mula belajar di Universiti Limkokwing seawal 2006 tetapi pengajiannya terpaksa ditangguhkan untuk menyertai program Akademi Fantasia (AF).

    ‘‘Saya mengambil kursus ini kerana mempunyai minat mendalam terhadap muzik.

    ‘‘Jika saya tidak dapat menjadi penyanyi, kursus yang saya ambil ini masih memberi peluang kepada saya untuk berkecimpung dalam industri muzik,” katanya.

    Ditanya rancangan masa depannya Dafi berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

    ‘‘Kalau saya betul-betul nak sambung belajar, saya tetap akan memilih Universiti Limkokwing kerana suasana di sini amat berbeza dengan institusi pendidikan yang lain,” katanya.


    Sumber dari Oh Artis

    3 comments:

    Eldy said...

    wow!! Dafi ?! x sangka terror juga budak nih.. wow wow !!

    a Y u said...

    tahniah la ye..hehehe

    smiley said...

    Eldy : ituh..jgn igt artis malaysia nih tak bagus..hehe