Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kuala Lumpur..All in One

  • Thursday, December 31, 2009
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • To Facebook Reader, please click VIEW ORIGINAL POST, thank you :D

    This entry is a sticky mode, please scroll down for new entry, thank you :D





    Kuala Lumpur merupakan ibu negara bagi negara Malaysia. Aku rasa, ramai pengunjung luar negara apabila sebut Malaysia sahaja, pasti mereka akan sebut Kuala Lumpur.

    Kuala Lumpur merupakan pusat segalanya bagi Malaysia. Bukan sahaja dari segi pentadbiran, tetapi kita boleh dapati pelbagai jenis makanan, hiburan, struktur binaan, penduduknya dan sebagainya.

    Dari segi rakyat atau penduduk di Kuala Lumpur, kita boleh lihat ada Melayu, Cina, India, orang asing yang berasal dari luar Malaysia tetapi bekerja atau belajar di Kuala Lumpur.

    Melayu sinonim dengan beragama Islam, Cina pula ada yang beragama Buddha, Kristian dan sebagainya. Begitu juga dengan penduduk berbangsa India. Bukan ini sahaja, jika berada di Kuala Lumpur, kita juga boleh dapati penduduk yang berbangsa Iban, Kadazan, Bidayuh. Dari segi fizikal mereka mungkin tidak jauh beza antara satu sama lain. Tetapi, jika ditanya asal mereka, pasti terdapat perbezaan. Inilah variasi yang kita boleh dapat di Kuala Lumpur.

    Walaupun kami semua berasal dari bangsa dan agama yang berlainan, kami tetap bersatu kerana kami rakyat Malaysia. Jika kita pergi ke luar negara, orang akan bertanya, anda dari mana? Adakah anda akan mengatakan anda dari China? India? Indonesia? Tidak....tapi kami adalah penduduk Malaysia. Kami dilahirkan di Malaysia.

    Semangat bersatu sebagai rakyat Malaysia yang satu ini, kita boleh dapati dari bangku sekolah lagi. Dimana kanak-kanak digalakkan bergaul, berbual dan bermain antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.







    Seronok sangat rasa bila tengok kanak-kanak Melayu memakai pakaian tradisional Cina, yang Cina memakai pakaian tradisional India dan yang India pula memakai pakaian orang Melayu bersama-sama membuat persembahan. Mereka ketawa, bermain bersama-sama.



    Segala kemajuan di Kuala Lumpur bermula setelah negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan. Satu-persatu kemajuan Kuala Lumpur meningkat dan seterusnya membawa negara kita di mata dunia. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada bapa kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman.

    Selepas merdeka, Kuala Lumpur mula membina nama iaitu dari segi pembinaan bangunan yang mencakar langit, tugu-tugu peringatan wira-wira negara yang bertempur di medan perang demi menjaga keamananan negara, pusat-pusat hiburan yang menarik para pelancong ke Malaysia dan sebaginya.







    Di Kuala Lumpur, kita tidak perlu berhabis minyak atau tenaga untuk pusing-pusing sekeling Kuala Lumpur. Hanya dengan menaiki Eyes On Malaysia, kita sudah dapat melihat keindahan suasana Kuala Lumpur yang penuh dengan lampu berwarna warni di waktu malam.







    Kini Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan litar untuk pelumba-pelumba Formula One untuk berlumba.

    Bukan itu sahaja, Kuala Lumpur juga memiliki pasar raya yang lengkap dan besar. Sebagai contoh, dalam satu bangunan pasar raya, selain untuk berbelanja, terdapat juga pusat-pusat hiburan keluarga seperti yang terdapat di Berjaya Time Square. Pusat hiburan tersebut dikenali sebagai Cosmo World.

    Dalam Cosmo World, kita boleh dapati permainan roller-coster, rumah hantu, kereta langgar dan banyak lagi. Seronok bukan? Apabila dalam satu bangunan, kita boleh melakukan pelbagai perkara. Jimat minyak...

    Tak perlu pergi ke sana-sini, luar negara, hanya datang ke Kuala Lumpur..segalanya boleh dapati di sana.



    Bukan itu sahaja, apabila ke Kuala Lumpur, kita juga boleh dapati pelbagai jenis makanan. Makanan barat, makanan tradisional dari pelbagai negeri juga mudah diperolehi.





    Dari utara Malaysia sehinggalah Sabah Sarawak, segala jenis makanan dalam negara Malaysia, boleh di dapati di Kuala Lumpur. Dari warung, restoran sehinggalah ke tempat makan di hotel-hotel bertaraf lima bintang, semua makanan Malaysia dan juga antarabangsa mudah didapati. Kuala Lumpur juga menyediakan makanan dari luar Malaysia seperti steak, pasta dan sebagainya. Ini kerana penduduk di Kuala Lumpur bukan sahaja terdiri dari rakyat tempatan tetapi juga dari luar Malaysia seperti dari United Kingdom, Amerika dan sebagainya.

    Inilah keunikan dan keistimewaannya Kuala Lumpur. Segala-galanya dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di Kuala Lumpur dan menjadi satu. Keunikan dan keistimewaan ini yang membawa kemeriahan di Kuala Lumpur.

    Kuala Lumpur amat sesuai untuk dijadikan tempat melancong apabila bercuti di Kuala Lumpur kita berpeluang merasai segala keunikan dari pelusuk dunia.


    Tidak lama lagi, Kuala Lumpur akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada bulan Februari nanti. Dengan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Wilayah kepada Kuala Lumpur.

    8 comments:

    jfook said...

    Nice post on KL. :)

    smiley said...

    Thanx ^__^

    lily lotus said...

    impressive ;)

    smiley said...

    lily lotus : thanx kak ^__^

    Mr. J @ pengerindu.com said...

    itu menariknya Malaysia kita

    smiley said...

    mr j : betul tuh mr j...keunikan kuala lumpur

    Amirul Faiz Abd. Razak said...

    Yeah, semangat 1 Malaysia.

    smiley said...

    Amirul : yer la...penting tuh semangat tuh