Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Be Alert!! H1N1 Still Active

  • Friday, November 6, 2009
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: ,
  • To Facebook Reader, please click VIEW ORIGINAL POST, thank you :D


    Jangkitan Influenza A (H1N1) hakikatnya masih lagi aktif berlaku di dalam komuniti walaupun aktiviti pemantauan tidak mencatatkan sebarang kejadian luar biasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

    Beliau berkata, pengawasan kejadian ‘Influenza-Like Illness’ (ILI) yang dijalankan di 619 klinik sentinel tidak menunjukkan sebarang peningkatan, yang mana hanya 14 peratus daripada 956 sampel klinikal yang diterima oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan adalah positif virus itu.

    Dalam satu kenyataan di sini, semalam beliau berkata, tiada kematian dicatatkan akibat jangkitan virus itu sepanjang minggu lalu menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan kekal 77 orang.

    Bagaimanapun, katanya dalam tempoh seminggu yang lalu, seramai 255 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk dirawat manakala 213 kes dibenarkan pulang.

    "Setakat 31 Oktober, jumlah semasa kes ILI yang masih mendapatkan rawatan di seluruh negara adalah 446 kes di 49 hospital di seluruh negara, termasuk dua pesakit dirawat di hospital swasta," katanya.

    "Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 11 pesakit atau tiga peratus adalah kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal," katanya.

    Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, tujuh pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala tiga pesakit didiscaj dari ICU.

    Selanjutnye..sile klik sini

    0 comments: